
KUCHING, 13 SEPTEMBER 2025 – Borneo Amateur Radio Festival (BARF) ke-12 yang berlangsung di Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching telah melabuhkan tirainya dengan jayanya. Festival yang menjadi platform tahunan kepada penggiat radio amatur serantau ini telah menarik penyertaan meluas daripada stesen-stesen radio amatur di Malaysia, Brunei, dan Indonesia.
Acara gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, yang turut menyampaikan ucapan perasmian serta menyerahkan cenderahati penghargaan kepada pihak penganjur. Ucapan beliau menekankan kepentingan jaringan komunikasi, perkongsian teknologi, serta semangat kerjasama rentas sempadan melalui platform radio amatur.
Sepanjang festival, pelbagai aktiviti teknikal dan pertandingan telah dijalankan dengan penuh semangat persaudaraan dan persaingan sihat. Antara acara utama yang menjadi tumpuan peserta termasuk:

Eyeball QSO Contest
menyaksikan dominasi penuh stesen dari Indonesia yang berjaya meraih kemenangan dalam semua kategori.
(gambar di atas)

Slalom Signal Test
memperlihatkan kehebatan stesen dari Brunei yang mengungguli keseluruhan acara.
(gambar di atas)

Walking Fox Hunting
sekali lagi stesen dari Indonesia membuktikan kehandalan mereka dengan menyapu bersih semua kemenangan.
(gambar di atas)
Selain pertandingan, festival ini turut menjadi ruang penting untuk sesi perkongsian ilmu, perbincangan teknikal, dan memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti radio amatur Borneo. Aktiviti-aktiviti seperti mesyuarat teknikal, eyeball QSO, serta taklimat khas telah berjaya mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara para peserta.
(Gambar di bawah)

Tidak ketinggalan, pameran peralatan radio amatur turut diadakan, termasuklah demonstrasi dan pameran APRS Tracker yang menarik perhatian ramai. Teknologi ini membolehkan penjejakan kedudukan dan penghantaran data secara langsung melalui sistem radio amatur, sekali gus memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri perkembangan teknologi komunikasi terkini yang semakin relevan dalam dunia moden.
(gambar di bawah)

Dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Wilayah Borneo, keputusan penting telah dicapai iaitu BARF ke-13 tahun 2027 akan dianjurkan oleh ORDA Kaltim (Organisasi Amatir Radio Indonesia Kalimantan Timur) di Balikpapan, Indonesia. Keputusan ini sekaligus menandakan kesinambungan semangat BARF untuk terus bergilir-gilir dianjurkan oleh negara-negara jiran di Borneo.

Dengan berakhirnya BARF ke-12 di Kuching, pihak Amateur Radio Club Sarawak (ARCS) sebagai penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, tetamu kehormat, penaja serta sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan festival ini. Diharapkan BARF akan terus menjadi medan penyatuan komuniti radio amatur, bukan sahaja di Borneo, malah di peringkat antarabangsa.
(gambar di atas)

Majlis Makan Malam Gala BARF 2025
(gambar di atas)
BARF ke-12 melabuhkan tirai dengan penuh meriah di Dewan Seri Mahligai, Kuching. Seramai 200 penggiat radio amatur dari seluruh kepulauan Borneo hadir, merangkumi Wilayah Sarawak, Wilayah Sabah, Negara Brunei Darussalam, dan Kalimantan Indonesia.
Majlis makan malam gala ini turut dihadiri oleh barisan VVIP serta wakil daripada MARTS dan IARU Region 3, selain tokoh-tokoh penting dunia radio amatur dari pelbagai wilayah.
Antara jemputan yang hadir pada Majlis Makan Malam Gala ialah
• Dr. Abang Ismail Abang Julhi – Pengarah IPG Kampus Batu Lintang
• Tuan Adiman Ajem – Pengarah MCMC Pejabat Wilayah Sarawak
• Mr. Liew Chung Haw (9M8LCH) – President ARCS
• Mr. Wisnu Widjaja (YB0AZ) – President IARU Region 3
• Tuan Hj Ir. Mohd Aris Bin Benawi (9M2IR) – President MARTS
• Tuan Haji Tamal Haji Lampoh (V85T) – President BDARA
• Mr. Yusuf Budhyanto. SH (YB3DY) – Sekretaris Jenderal ORARI Pusat
• Mr. Mohd Rosni (9M6RMD) – President BARC
• Mr. Cece Lili Warla (YB7CCP) – ORDA Kalimantan Barat
• Mr. Syaflul Hani (YC7HTG) – Ketua Pengurus ODKS
• Mr. Aji Ilmuddin (YBUN) – ORDA Kalimantan Timur
• Mr. Johnny Siu (VR2XMC) – Executive Committee IARU Region 3
• Mr. Dennis Wong Kung Ho (9M8DEN) – Pengerusi Pengelola 12th BARF
Ingin lihat lebih banyak gambar menarik sepanjang BARF ke-12, Jom singgah di pautan ini
👉 https://linktr.ee/barf2025 untuk koleksi penuh momen-momen istimewa
TAMAT




